Si Anak Badai -Tere Liye-
- 13%

Si Anak Badai -Tere Liye-

RM33.00

7 in stock

RM33.00

7 in stock

Add to cart
Buy Now
SKU: 07425 Category: Tag:

Badai kembali membungkus kampung kami. Kali ini aku mendongak, menatap jutaan tetes air hujan dengan riang. Inilah kami, Si Anak Badai. Tekad kami sebesar badai. Tidak pernah kenal kata menyerah.

Buku ini tentang Si Anak Badai yang tumbuh ditemani suara aliran sungai, riak permukaan muara, dan deru ombak lautan. Si Anak Badai yang penuh tekad dan keberanian mempertahankan apa yang menjadi milik mereka, hari-hari penuh keceriaan dan petualangan seru. 

Weight 0.4 kg
Dimensions 21 × 13 × 1 cm

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
Aina Dayana Hilmi
Si Anak Badai

Kehidupan anak kampung yang bermukim di laut atau pinggir muaranya ini dapat dirasai pengalamannya melalui Si Anak Badai. Deskripsi penulis sangat teliti dan pembaca dapat menjiwai pelbagai emosi di dalamnya.

Ceritanya bermula sederhana. Berkisar kehidupan seharian anak-anak kecil SD yang bertumpu ke arah aktiviti mengumpul wang hasil pemberian warga kapal yang melintas melalui kampung mereka. Hebatnya anak-anak ini, meski duit syiling itu terjatuh ke dalam sungai tetap sahaja mereka dapat temui.

Siapa sangka, tetap sahaja ada konflik besar melanda kampung mereka. Bagaimana mereka bisa mengatasi dugaan itu? Jawapannya ada pada geng anak badai. Siapakah mereka? Sudah pastilah si Zaenal, Ode dan rakan-rakan.

Dalam cemasnya membaca musibah yang melanda ini, tetap terhibur dengan kisah kekeluargaan yang ditonjolkan. Betapa besar pengorbanan Mamak dan Bapak dalam mengurus keluarga, keletah lucu Fath dan ugutan si kakek garang yang dipanggil Pak Kapten. Selalu sahaja mahu ubah orang menjadi kodok muara!

Mesej dari buku ini sangat kuat. Mungkin terlihat patriotik dan sentimental. Namun, jika kita berada dalam kalangan orang kampung ini, kita pun akan berbantah dan menentang habis-habisan jika ada pihak yang menceroboh, bukan?

TOP